Apa
Saja yang Harus Dijaga oleh Seorang Wanita Muslimah??
(Khazanah
Islam Trans 7)
1.
Bulu kening.
Menurut imam Bukhari,Rasullulah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan)membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka
yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3. Wangian-wangian.
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.)
4. Dada..
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5. Gigi..
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik,yang merubah ciptaan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.)
6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata..
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW,Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah
Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain,iaitu.kepala mereka di lalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat
lima waktu,puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya,maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya. (Hadis RiwayatRiwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan ALLAH.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan
Ibn Majah.)
12. Pakaian..
Barang siapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata,maka ALLAH akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu D,An
Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59..Bermaksud : Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali,Lantaran itu mereka tidak diganggu.
ALLAH maha pengampun lagi maha
penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain
untuk melakukan maksiat,mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat.Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka.bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut..
Wahai anakku Fatimah!
Adapun.perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu.menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw.
bersabda:Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati
kita yang telah lama terkunci.
0 komentar:
Posting Komentar